Bina benteng pemecah ombak elak ombak besar musim tengkujuh

0
398
Kerja-kerja pemasangan benteng pemecah ombak masih dalam proses

LAWAS, 04 OGOS 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak komited untuk membina benteng pemecah ombak bagi melindungi Kampung Awat-Awat daripada terdedah ombak besar khususnya ketika musim tengkujuh.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pada musim tengkujuh itu ombak air besar, jadi kita akan melaksanakan fasa yang pertama benteng untuk memecah ombak.

“InsyaAllah kita akan teruskan untuk fasa kedua,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek Benteng Pemecah Ombak dan Projek Jeti Awat-Awat (NRDA) Kampung Awat-Awat, Sundar, Lawas pada Ahad.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari turut menjelaskan kemudahan tebingan sungai Lawas itu nanti akan membuka peluang perniagaan kepada penduduk sekitar bila ianya siap tidak lama lagi nanti.

“Kita berharap agar dengan adanya kemudahan seperti ini akan memberi manfaat kepada masyarakat dan membuka peluang dalam meningkatkan kualiti kehidupan mereka,” jelasnya lagi.

Datuk Amar Awang Tengah ditemui ketika sidang media lawatan kerja pada Ahad

Dalam pada itu, Kerajaan Sarawak juga akan membantu menyediakan rumah-rumah penyalaian ikan tahai yang diletakkan di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Pertanian dan NRDA secara berperingkat.-Sumber Ukas. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here