Baik pulih Jambatan Sungai Maong dan Maong Kiri giat dijalankan- JKR Kuching

0
99
Peta yang disediakan pihak JKR untuk rujukan pengguna jalan raya

KUCHING, 04 OGOS 2020 (SNN) : Kerja membaik pulih dua jambatan iaitu Jambatan Sungai Maong dan Sungai Maong Kiri kini sedang giat dijalankan bermula pada 03 Ogos lalu dan dijangka selesai pada hujung bulan ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching dalam satu kenyataan pada hari ini menjelaskan kepada para pengguna jalan raya agar sentiasa waspada dan hati-hati semasa melalui lokasi-lokasi tersebut sepanjang tempoh penyelenggaraan.

JKR Kuching turut menasihati agar mematuhi segala aspek keselamatan kerana satu lorong akan ditutup sepenuhnya sepanjang penyelenggaraan dilakukan.

Gamabr(hiasan) proses membaik pulih Jambatan Sungai Maong & Sungai Maong Kiri sedang dijalankan

Dalam pada itu, para pengguna juga digalakkan untuk menggunakan laluan-laluan alternatif yang sedia ada sehingga tamat tempoh kerja-kerja membaik pulih. Peta tapak yang terlibat turut disediakan bagi rujukan untuk setiap pengguna jalan raya disitu.-Sumber Ukas. Nizal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here