BINTULU, 19 OKTOBER 2020 (SNN) : Bahagian Bintulu mempunyai belia yang berpotensi untuk diangkat menjadi jurulatih bertauliah setaraf peringkat kebangsaan.
Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talip Zulpilip berkata, mereka memiliki bakat dan kemahiran yang berpotensi untuk menggalakkan mereka mewakili Sarawak di peringkat kebangsaan nanti.
“Seusai kursus ini, mereka akan terus diberi latihan agar dapat melaksanakan latihan kecergasan berpandukan garis panduan keselamatan latihan fizikal Institut Sukan Negara (ISN).
“Program ini turut menambah pengetahuan serta kaedah dalam melaksanakan sesuatu latihan dengan berpandukan kemahiran yang diikuti,” katanya semasa berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Jurulatih Kecergasan Siri 4, Bahagian Bintulu di Dewan Suarah, pada Jumaat.
Ujarnya, beliau menasihati agar setiap peserta berusaha menjadi jurulatih yang memiliki sifat itegriti sepertimana yang dituntut dalam setiap agama.-Sumber Ukas.