SIMUNJAN, 06 FEBRUARI 2021 (SNN) : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkesempatan menghulurkan bantuan barangan keperluan asas kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di sekitar Simunjan pada Jumaat.
Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Awla Deris yang turut hadir melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Mesra Simunjan itu menyaksikan seramai 35 buah keluarga menerima bantuan berkenaan.
Untuk rekod, kesemua 94 mangsa banjir terdiri daripada 35 buah keluarga telah dipindahkan ke PPS sejak Khamis lalu yang terdiri daripada Kampung Simunjan Jaya, Kampung Sabun, Kampung Kelka, Kampung Hijrah dan Kampung Nanas.
Turut hadir sama menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir adalah Pengarah YADIM Negeri Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat.