More
    Home Sarawak Limbang Awang Tengah Rasmikan Penangguhan Majlis Tilawah Al-Quran Bahagian Limbang

    Awang Tengah Rasmikan Penangguhan Majlis Tilawah Al-Quran Bahagian Limbang

    LAWAS (SNN) – MAJLIS TILAWAH AL-QURAN BAHAGIAN LIMBANG telah diadakan di Daerah Lawas berakhir pada malam ini.  Majlis Tilawah Al-Qurang ini telah berlangusng selama 2 malam dari 15 hingga 16 November 2018 di sebuah hotel terkemuka di pekan Lawas.

    Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II dan Menteri Pembangunan Industri dan Usahawan telah mewakilkan Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman Ismail di majlis penangguhan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Limbang pada 16 Oktober 2018.  Turut hadir adalah Yang Berhormat Sum Agung, Ahli Parlimen Lawas, Residen Bahagian Limbang, Ir. Ahmad Denney Haji Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Lawas dan LImbang serta ketua masyarakat.  Seramai 400 orang ramai telah memeriahkan majlis tersebut.

    Dr. Abdul Rahman disambut oleh orang ramai

    Seramai 6 orang qari dan 6 orang qariah telah menyertai tilawah pada tahun ini.  Johan qari pada tahun ini adalah Morshidi bin Drahman (Limbang); naib johan dimenangi oleh Ustaz Mazlan Matzin (Lawas) dan nombor tiga adalah Hashim (Limbang).  Manakala kategori qariah pula keputusan adalah seperti berikut: Johan, Eza Nurulmaiza Japarudin (Lawas); naib johan, Hjh. Saadiah Hj. Gadong dan nombor tiga, Suriah Jinin (Lawas).  Hadiah telah disampaikan oleh YB Dr. Abdul Rahman.

    Orang ramai di majlis penangguhan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Limbang

    Majlis turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid Al-Hazzam yang berasal dari Daerah Lawas dan merupakan johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Sarawak 2018.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    JKM Bintulu hulur bantuan bekalan makanan kepada penduduk di kawasan Pengesanan...

    0
    BINTULU, 28 JANUARI 2021 (SNN) : Susulan pelaksanaan Pengesanan Kes Aktif (ACD) di Rumah Peter Bansa, Bintulu pada 25 Januari 2021 lalu, Jabatan Kebajikan...