More
    Home Anugerah & Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2019 Sarawak, Malaysia Menang 2...

    Anugerah & Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2019 Sarawak, Malaysia Menang 2 Kategori

    KUCHING, 28 April 2019 (SNN)- Anugerah Filem Festival Antarabangsa ASEAN 2019 sampai di kemuncaknya di AIFFA 2019 Gala Night yang berlangsung di Hotel Pullman, malam tadi. Sebanyak 16 kategori telah dipertandingkan dalam AIFFA 2019 yang menyaksikan dua kategori berjaya dimenangi Malaysia dalam kategori Artis Pembantu Lelaki Terbaik yang dimenangi Amerul Affendi menerusi Filem Crossroads: One Two Jaga dan Pengarah Terbaik dimenangi Nam Ron juga menerusi Filem Crossroads: One Two Jaga.

    Pada majlis itu, Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg telah menyampaikan Anugerah Luminari AIFFA 2019 kepada bintang filem Hollywood Steven Seagal. Turut disampaikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat AIFFA 2019 yang dianugerahkan kepada pengarah dan artis Indonesia Slamet Rahardjo.

    Dalam ucapannya pada majlis tersebut Abang Jo berkata , “Sarawak sedang bergerak ke arah teknologi digital. Penubuhan Perbadanan Digital Ekonomi Sarawal (SMA) di Sarawak bertujuan untuk melaksanakan agenda ekonomi di negeri ini,” katanya menerusi skrin paparan sempena Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) Kali Ke 4 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

    Abang Jo menambah bahawa penggiat industri filem dijangka akan memanfaatkan dasar ekonomi digital ini. Menurut beliau Sarawak bukan sahaja luas tetapi juga mempunyai tempat-tempat menarik dan sesuai untuk penggambaran filem. “Kami juga mempunyai kepelbagaian etnik. Saya yakin, dengan keunikan tersebut, ini akan membolehkan pembuat filem memanfaatkan keunikan tersebut untuk dipaparkan di babak-babak tertentu,” katanya.

    Anugerah Filem Festival Antarabangsa ASEAN 2019 kini telah memasuki tahun ke 4 penganjurannya sejak 2013 dan merupakan salah satu aktiviti yang telah disenaraikan di dalam Kalender Tahunan Pelancongan Sarawak. Sebanyak 100 filem daripada 10 negara-negara Asia Tenggara menyertai pertandingan dalam 9 kategori filem yang berlangsung 25 hingga 27 April 2019.

    Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan artis-artis dari negara-negara ASEAN seperti Aubrey Suwito, Sheila Majid, Harvey Malaiholo, Jacklynn Victor, Marlo Mortel dan Salena Tan.

    Hadir sama Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak YB Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Tan Sri Haji Morshidi Abdul Ghani.

    Antara tetamu kenamaan yang hadir pada AIFFA 2019 Gala Night yang berlangsung di Hotel Pullman, malam tadi

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...