Aktiviti Pencerobohan Hutan Simpan Similaju, Bintulu tumpas

0
170
Lori yang digunakan untuk mengangkut kayu-kayu balak sebelum dijual ke kilang berdekatan

BINTULU, 22 JULAI 2020 (SNN) : Aktiviti pencerobohan Hutan Simpan Similaju, Bintulu berjaya ditumpaskan oleh sepasukan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Hutan Sarawak yang berpengkalan di Pejabat Hutan Wilayah Bintulu.

Kegiatan cubaan untuk membawa keluar kayu balak dari kawasan tersebut yang merupakan kawasan tadahan air bagi Bahagian Bintulu dapat dihidu oleh pihak berkuasa selepas berjaya menahan sebuah lori ‘dump truck’ dalam satu operasi pada Sabtu. Pemandu lori yang merupakan warga tempatan membawa muatan kayu balak pelbagai saiz sebanyak 50 batang dan dipotong pendek bagi mengaburi mata pihak Pegawai Penguatkuasa.

Kayu-kayu balak yang berjaya dirampas itu dianggarkan sebanyak 12 meter padu dengan nilai RM1,5600 bagi kutipan, cukai, royalti dan cess dan difahamkan untuk dihantar ke kilang-kilang yang berdekatan bagi tujuan pemprosesan.

Kayu balak pelbagai saiz yang berjaya dirampas

Terdahulu, kegiatan haram itu telah dikesan oleh Skuad Udara Jabatan Hutan Sarawak menggunakan teknologi yang dikenali sebagai Continuous Monitoring and Surveillance (COSMOS).

Kertas siasatan keatas penangkapan itu telah dibuka dan tindakan lanjut akan diambil. Kes ini disiasat di bawah peruntukan Forest Ordinan 2015, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga lima kali ganda nilai rampasan.-Sumber Ukas. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here