More
    Home Sarawak Limbang ADUN Batu Danau anjurkan Program Ibadah Korban setiap tahun menjelang raya

    ADUN Batu Danau anjurkan Program Ibadah Korban setiap tahun menjelang raya

    LIMBANG, 1 OGOS 2020 (SNN) : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Anak Gumbang setiap kali menjelang Hari Raya Korban akan menjalankan Program Ibadah Korban bagi kawasan DUN berkenaan untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan itu.

    Beliau berkata, seperti tahun-tahuan sebelumnya, ibadah korban ini diadakan di 6 buah surau di kawasan Kampung Medait, Kampung Buluh Baloi, Kampung Palas, Kampung Anak Bukit, Kampung Bidang dan Kampung Kuala Awang.

    “Pada tahun ini adalah tahun yang keenam bagi DUN Batu Danau menjalankan aktiviti ibadah korban,” katanya ketika ditemui semasa menyampaikan daging korban kepada penerima di Kampung Medait pada Jumaat.

    ADUN Batu Danau (tengah) menyerahkan Jalur Gemilang sebagai simbolik sambutan bulan kemerdekaan. Ukas

    Terdahulu, Paulus telah mengumumkan kelulusan geran sebanyak RM5,000 kepada surau Kampung Medait dan Kampung Buluh Baloi, dan geran sebanyak RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan RM25,000 untuk pembinaan pondok kubur.

    Dalam pada itu, turut diselitkan dengan upacara penyerahan Jalur Gemilang oleh ADUN Batu Danau kepada penduduk setempat bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...