More
    Home Abang Jo Curi Tumpuan Dengan ‘Bertandak’ Di Majlis SAMArindok Aidilfitri ...

    Abang Jo Curi Tumpuan Dengan ‘Bertandak’ Di Majlis SAMArindok Aidilfitri AKYBMS 1440H/2019M

    KUCHING, 26 Jun 2019 (SNN)- Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari curi tumpuan dengan ‘bertandak’ bersama pemimpin-pemimpin negeri Sarawak yang lain dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Majlis  SAMArindok Aidilfitri AKYBMS ‘1440H/2019M’ telah diadakan di Hotel Riverside Kuching, malam tadi.

    Bertemakan ‘SAMAukhuwah, Berkala Bangsa’, majlis ini telah dihiburkan dengan pentas kebudayaan warisan Melayu seperti persembahan seni silat, tarian Melayu dan tayangan multimedia serta nyanyian lagu Hari Raya Aidilfitri oleh pemimpin-pemimpin negeri.

    Paling mencuri tumpuan Ketua Menteri bersama dengan pemimpin-pemimpin Kerajaan Sarawak ‘bertandak’ dengan diiringi kumpulan bergendang Melayu.

    Antara yang hadir termasuk Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, serta ramai lagi pemimpin negeri yang lain.

    Abang  Jo bertandak bersama pemimpin negeri dan tetamu kehormat yang lain dalam Majlis  SAMArindok Aidilfitri anjuran AKYBMS. Turut kelihatan Awang Tengah dan Dr Hadzlan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...