More
    Home Sarawak Betong Nasib mangsa kebakaran di Kampung Babu, Debak terus dibantu

    Nasib mangsa kebakaran di Kampung Babu, Debak terus dibantu

    Debak, 16 Mei 2021 (SNN) : Disaat umat Islam yang lain bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis lalu namun tidak bagi Yak@Sabeli Kudang selepas kediamannya terlibat dalam satu kebakaran yang memusnahkan seluruh struktur binaan pada Khamis lalu iaitu pada 1 Syawal.

    Bertindak atas keprihatinan membantu nasib mangsa, pelbagai pihak turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa dan keluarga termasuklah baru-baru ini Ahli Parlimen Betong, Robert Lawson Chuat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam menyerahkan sumbangan peribadi berjumlah RM5,000 setiap seorang kepada mangsa.

    Dalam pada itu, Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Saribas Debak turut menyumbang RM1,000 diikuti Baitulmal Sarawak sebanyak RM5,600 serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), NGO dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong yang menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan harian rumah.

    Selain itu, Komuniti Cina Debak turut menyerahkan sumbangan yang diserahkan oleh Kaunselor Ong Beng Chai bersama Kapitan Debak, Tan Xiao Ping serta wakil kepada Persatuan Chung Hua Debak, Lim Ming Hai pada pagi Ahad baru-baru ini.

    Penyerahan sumbangan oleh komuniti Cina Debak

    Jelasnya, diharapkan dengan segala bantuan yang diberikan dapat mengembalikan semangat mangsa dan keluarga untuk terus tabah serta membina rumah baharu untuk keselesaan bersama.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...