More
    Home Guru inspirasi dari Lawas dicalonkan untuk Rise Educator Award

    Guru inspirasi dari Lawas dicalonkan untuk Rise Educator Award

    MIRI 7 MEI 2021 (SNN) : Seorang guru anak kelahiran Sarawak membawa keceriaan dalam kalangan anak didiknya dengan menggunakan kaedah pembelajaran tersendiri sehingga ibu-bapa kepada pelajar di sebuah sekolah pedalaman sanggup menempuh perjalanan berjam-jam ke kawasan bandar Lawas semata-mata untuk mendapatkan jaringan akses internet untuk mencalonkan guru berkenaan untuk anugerah pendidik kebangsaan.

    Dengan membawa konsep dunia luar ke dalam suasana kelas, guru yang dikenali sebagai Muhammad Nazmi Rosli, 28, mencetuskan idea dengan menjadikan bilik darjah menjadi suatu tempat yang menyeronokkan di mana pendidikan anak-anak berkembang dan para pelajar bertambah minat untuk belajar dengan bantuan kaedah pembelajaran kreatifnya dengan mengitar semula barang-barang seperti kuisyen kereta lama, botol plastik, kotak dan barangan terpakai yang lain.

    Anak kelahiran Lawas itu ketika ditemui media menangis kegembiraan selepas mengetahui idea dan usaha beliau membuat para ibu bapa pelajar sanggup menempuh perjalanan yang jauh demi mengangkat namanya untuk masuk dalam Rise Educator Award 2021 yang mengiktiraf pendidik inspirasi Malaysia 2021.

    “Saya terkejut dan terharu dengan usaha para ibu bapa pelajar terbabit dan tidak menyangka mereka akan mencalonkan saya sejauh ini kerana saya tahu mereka ini tinggal jauh di pedalaman dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan jaringan internet yang baik dan tidak menyangka bahawa kesan seorang guru boleh menjadi besar kepada masyarakat.

    “Kawasan itu tidak mempunyai bekalan elektrik, tidak ada sambungan internet, jalannya masih kayu yang teruk, tetapi cabaran terburuk yang harus kita hadapi adalah diskriminasi terhadap stereotaip kanak-kanak pedalaman dengan mengatakan bahawa anak-anak ini tidak mempunyai masa depan yang cerah,”katanya menceritakan pengalamannya selama empat tahun di SK Long Sukang ketika ditemui media MalaysiaNews.

    Antara komen usaha yang dilakukan oleh cikgu Nazmi….

    Tambahnya, dengan menginspirasikan dari watak buku komik X-men, disitulah munculnya idea untuk memperkenalkan simulasi bilik darjah yang merupakan dewan latihan yang dinamakan dengan ‘Danger Room’ sebagai hologram simulasi dunia luar.

    Ditambah lagi mereka tidak pernah merasakan berada di pantai jadi dia membina sebuah pantai dengan menggunakan barangan terpakai di dalam bilik darjah dan juga mereka tidak pernah mengunjungi kedai haiwan peliharaan dan dia turut membuatnya sebagai tambahan subjek dalam pembelajaran yang lebih mudah.

    Ujar Nazmi, dirinya yang tidak mengetahui berkenaan pencalonan anugerah terbabit berasa terkejut dan dihargai kerana berita berkenaan hanya diketahuinya selepas diberitahu oleh rakan setugas ditempat baharunya di SK Luangan di Lawas.-Sumber NewsMalaysia.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Program Grid Bekalan Air Sarawak kini capai 88 peratus siap-Julaihi

    0
    KUCHING, 20 NOVEMBER 2024: Program Grid Bekalan Air Sarawak bagi kawasan tumpuan yang melibatkan sebanyak 304 projek kini berada di fasa terakhir yang mana...