More
    Home Penangguhan pembukaan sesi persekolahan-JPBN Sarawak

    Penangguhan pembukaan sesi persekolahan-JPBN Sarawak

    KUCHING, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan media semalam membuat satu keputusan atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) untuk menangguhkan sesi pembukaan semula sekolah bagi kawasan Zon Merah melibatkan Daerah Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri.

    Menurut kenyataan itu, sesi penangguhan ditangguhkan selama dua minggu berkuatkuasa 1 Mac hingga 14 Mac 2021 kerana mengambil kira kapasiti sistem kesihatan di kawasan yang terlibat.

    JPBN turut menubuhkan satu jawatankuasa di bawah Kementerian Pendidikan ,Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) bagi memastikan sesi persekolahan di seluruh negeri dapat berjalan dengan lancar dan selamat.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...