More
    Home Dunia Cebisan mayat mangsa nahas kapal terbang Sriwijaya Air ditemui dilokasi kejadian

    Cebisan mayat mangsa nahas kapal terbang Sriwijaya Air ditemui dilokasi kejadian

    JAKARTA, 10 JANUARI 2021 (SNN) : Beberapa cebisan pesawat dan mayat mangsa nahas kapal terbang Sriwijawa Air ditemukan dilokasi kapal berkenaan terhempas.

    Menurut sumber BERNAMA, Pasukan Tindakan Kecemasan melaporkan pihaknya berjaya menemukan cebisan mayat penumpang serta serpihan bahagian kapal terbang termasuk avtur (bahan bakar turbin penerbangan) berkenaan di perairan Kepulauan Seribu.

    Penemuan itu, adalah hasil operasi besar-besaran melibatkan kapal perang, helikopter dan penyelam yang diarahkan ke lokasi kejadian selepas menerima pengesahan berhubung kejadian itu.

    Terdahulu dunia dikejutkan dengan berita berkenaan pesawat terbabit hilang daripada radar selepas empat minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sebelum disahkan telah terhempas dan meletup di perairan Kepulauan Seribu.

    Pesawat Sriwijaya Air jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 orang penumpang dan kru termasuklah 10 kanak-kanak dikatakan dalam perjalanan menuju ke bandar Pontianak yang membabitkan masa perjalanan kira-kira 90 minit melintasi Laut Jawa sebelum dilaporkan menjunam pada ketinggian 10,000 kaki di Kepulauan Seribu.

    Setakat hari ini, operasi mencari dan menyelamat akan tetap diteruskan sehingga kesemua mangsa yang terkorban ditemukan dan pihak berkuasa Indonesia menggunakan segala teknologi yang ada bagi mengesan bangkai pesawat berkenaan.-Sumber BERNAMA.

    Lokasi terakhir pesawat yang dikesan sebelum hilang dari radar.

     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Semua Pelajar Sarawak di IPT seluruh Malaysia layak terima Bantuan Wang...

    0
    KUCHING, 23 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak tidak mengenakan sebarang pembayaran balik ke atas Bantuan Wang Saku yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari negeri ini yang...