More
    Home Penghantar makanan maut bertembung dengan kereta

    Penghantar makanan maut bertembung dengan kereta

    KUCHING, 04 DISEMBER 2020 (SNN) : Seorang penghantar makanan ‘Food Panda’ maut selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bamfylde, sekitar jam 5 petang semalam.

    Menurut ASTO 03 Angkatan Petahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuching, LKPL (PA) Khairuddin Jamle berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 5.43 petang.

    “Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di bahu jalan dan telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang sudah tiba di lokasi berkenaan.

    “Mangsa, Mohd Audi Zikry Abdul Rahman, 20 tahun, dikatakan berasal dari Jalan Datuk Ajibah Abol dan baru bekerja sebagai penghantar makanan dengan syarikat Food Panda,” katanya dalam satu kenyataan.

    Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tujuan bedah siatat.

    Motosikal Mangsa bertembung dengan sebuah kereta ketika bergerak dari arah Batu Lintang

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Negeri Sarawak komited memperkasa sistem bekalan air – Dato Sri...

    0
    Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menguruskan sejumlah RM7 Bilion & 360 projek pembinaan, naik taraf dan pembaikian sistem air seluruh Sarawak. RM1.1 Bilion...