More
    Home Satu kes positif covid-19 dikesan di Daerah Serian hari ini

    Satu kes positif covid-19 dikesan di Daerah Serian hari ini

    KUCHING, 03 DISEMBER 2020 (SNN) : Sarawak hari ini mencatatkan satu kes jangkitan tempatan Covid-19 di Daerah Serian sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,066 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi satu kenyataan menjelaskan, kes tersebut melibatkan seorang pekerja am dalam bidang perladangan yang merupakan seorang warganegara Indonesia bertukar majikan dan tempat kerja.

    Kes telah menjalani ujian saringan sebelum memasuki ke tempat kerja baharu dan telah disahkan positif pada 2 Disember 2020 iaitu hari yang sama beliau menjalani ujian saringan.

    Mengikut siasatan awal mendapati kes pernah pulang ke Kalimantan, Indonesia dan kembali semula ke Sarawak pada awal Oktober 2020 namun tidak mempunyai rekod ujian saringan sebelum ini.

    Kes telahpun dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut dan siasatan kontak rapat sedang giat dijalankan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Hari Lahir 55 Tahun DEB: Masih Adakah Yang Ingat? Bhgn. 2/3

    0
    Siling yang Mengekalkan Ketidaksamaan Inilah kelemahan reka bentuk yang kritikal: dengan mentakrifkan penyertaan Bumiputera sebagai menerima bahagian daripada kekayaan sedia ada dan bukannya mencipta kekayaan baharu, DEB telah...