More
    Home Pusingan U ditempat salah, penunggang motosikal jadi mangsa

    Pusingan U ditempat salah, penunggang motosikal jadi mangsa

    MIRI, 28 NOVEMBER 2020 (sNN) : Angkara sebuah kereta membuat pusingan U ditempat yang salah, seorang penunggang motosikal maut manakala rakannya patah dibahagian kaki kanan selepas bertembung di Jalan Bulatan Park di sini, pada Khamis lalu.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Nanga Chabu berkata, sebuah kereta dipandu oleh wanita berusia 24 tahun membuat pusingan U di jalan susur sedangkan ia bukan tempat pusingan U semasa bergerak dari arah bulatan Saberkas menuju ke Piasau.

    “Mangsa, Ferguason Johnita, 21, berasal dari Jalan Baru Tudan, Permyjaya disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Miri akibat rempuhan dengan kereta berkenaan.

    “Siasatan awal mendapati, pemandu ketika membuat pusingan U tersebut tidak menyedari kehadiran motosikal mangsa yang bergerak dari arah yang sama sebelum merempuh bahagian pintu hadapan kanan kereta ketika pemandu hendak membuat pusingan U,” kata beliau dalam satu kenyataan.

    Tambah beliau, mayat mangsa terbabit bagaimanapun diserahkan ke bahagian bilik mayat untuk tindakan lanjut manakala pemandu kenderaan terbabit telahpun ditahan bagi siasatan lanjut.

    Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...