More
    Home Sarawak Samarahan Projek penahan hakisan Sungai Simunjan musnah akibat air pasang besar

    Projek penahan hakisan Sungai Simunjan musnah akibat air pasang besar

    SIMUNJAN, 17 NOVEMBER 2020 (SNN) : Sejak beberapa hari yang lalu berlaku fenomena air pasang besar sehingga menyebabkan projek penahan hakisan Sungai Simunjan yang masih dalam pembinaan musnah akibat air pasang besar dan arus deras.

    Ekoran dari kejadian itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris bergegas ke lokasi untuk turun padang meninjau tapak projek berkenaan bagi melihat sendiri keadaan di lokasi.

    “Keadaan air sungai yang besar dan arus yang kuat antara faktor runtuhnya struktur binaan tersebut di tambah lagi dengan fenomena air pasang besar.

    “Atas faktor keselamatan, pihak bomba telah menutup kawasan terbabit dan Taman Botani, Simunjan untuk orang awam sehingga diberitahu kelak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

    Awla diiring pihak polis turun padang melihat kawasan yang terjejas teruk akibat air pasang besar.

    Turut hadir sama tinjauan itu, Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manap dan Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, Geoffery Ramji.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...