More
    Home Ketua Menteri umum insentif khas untuk penjawat awam di Negeri Sarawak

    Ketua Menteri umum insentif khas untuk penjawat awam di Negeri Sarawak

    KUCHING, 14 NOVEMBER 2020 (SNN) : Ketua Menteri Sarawak semalam mengumumkan insentif khas buat penjawat awam yang berkhidmat di negeri ini yang akan mula dibayar pada penghujung tahun ini.

    Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, penjawat awam negeri akan menerima bayaran khas sebanyak setengah bulan gaji atau minima RM2,000 manakala penjawat awam persekutuan akan menerima sebanyak rm500 dalam suku pertama tahun 2021.

    Kerajaan di bawah Parti Gabungan Sarawak (GPS) amat menghargai sumbangan, pengorbanan serta komitmen penjawat awam dalam melaksanakan tugas secara profesional khususnya ketika negara menghadapi ancaman wabak pandemik Covid-19.

    Mereka termasuk para petugas barisan hadapan telah banyak mengorbankan serta mempertaruhkan keselamatan diri untuk melindungi rakyat Sarawak.

    This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2020-11-13-at-22.56.26-1024x683.jpeg
    Ketua Menteri tiba di perkaranagn bangunan DUN diiringi Timbalan Ketua Menteri sebelum mula sesi Persidangan.

    Beliau berkata sedemikian semasa ucapan penggulungan Belanjawan Sarawak 2021 dalam Persidangan DUN Sarawak ke-18 semalam.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...