More
    Home Enam kes positif Covid-19 dicatat di Daerah Kuching hari ini

    Enam kes positif Covid-19 dicatat di Daerah Kuching hari ini

    KUCHING, 05 NOVEMBER 2020 (SNN) : Daerah Kuching hari ini mencatatkan enam kes positif covid-19 menjadikan keseluruhan kes positif meningkat kepada 942 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, satu kes merupakan daripada Kluster Greenhill yang melibatkan seorang kontraktor iaitu wanita warganegara Indonesia yang mempunyai kontak rapat dengan kes ke-818.

    Manakala tiga lagi kes daripada saringan kontak rapat Kluster Wisma Saberkas yang merupakan warganegara tempatan dan mempunyai kontak rapat dengan kes ke-932.

    Dua lagi kes dikesan melalui ujian saringan kendiri di pusat perubatan swasta yang merupakan dua wanita tempatan dan mempunyai gejala selsema, batuk dan demam.

    Kenyataan Media harian JPBN Sarawak

    Kesemua kes yang disahkan positif telah ditempatkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berpoetensi besar sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi di Asia Pasifik

    0
    KUCHING, 19 APRIL 2025: Amalan dasar Sarawak yang berteraskan tenaga hijau yang boleh diperbaharui sebagai sumber ekonomi baharu mendapat pengiktirafan daripada Forum Ekonomi Dunia...