More
    Home Pengiran Mateen dedah punca sebenar kemangkatan Pengiran Azim

    Pengiran Mateen dedah punca sebenar kemangkatan Pengiran Azim

    BRUNEI, 29 OKTOBER 2020 (SNN) : Pada 24 Oktober lalu negara Brunei Darussalam menerima berita sedih tentang mangkatnya Pengiran Abdul Azim abang kepada Pengiran Mateen.

    Susulan berita mengejutkan itu, ramai rakyat dari dalam mahupun luar negara mengucapkan takziah dan meluahkan perasaan sedih ke atas kemangkatan beliau malah sesetengah menyatakan persoalan apakah punca yang menyebabkan Allahyarham mangkat.

    Berikutan kejadian terbabit, adik kepada Pengiran Abdul Azim iaitu Pengiran Mateen mendedahkan punca sebenar kemangkatan abangya di laman sosial Instagram baru-baru ini.

    Pengiran Mateen muatnaik punca kemangkatan kekandanya di Instagram, baru-baru ini

    “Bermula awal tahun ini, Allahyarham kekanda telah didiagnosis menghidap vaskulitis sistemik yang teruk sehingga menyebabkan keadaan sistem antibodi menyerang tisu badannya sendiri.

    “Tidak hanya itu, dia turut menghidapi gangguan abnormal (Bipolar Disorder) yang membuat beliau sukar untuk melawan penyakitnya. Disebabkan itulah kakanda mengalami masalah kegagalan organ sehingga membawa kepada kemangkatan beliau pada 24 Oktober 2020,” katanya melalui akaun peribadi Instagram, semalam.

    Dalam masa yang sama, putera Mateen turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga yang mendoakan serta mengucapkan takziah di atas pemergian kakanda tercintanya itu dan mengakui sangat merindui Allahyarham.

    Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang mangkat pada jam 10.08 pagi waktu tempatan 24 Oktober lalu telah dimakamkan di Kubah Diraja selepas waktu Asar.

    Pihak Sarawak News Network (SNN) menzahirkan salam takziah ke atas seluruh keluarga Sultan Brunei di atas kemangkatan anakanda tercinta.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...