SEBUYAU, 10 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Penantian penduduk Kampung Manta, Sebangan selama ini memiliki jalan raya yang lengkap dan selesa kini berakhir selepas pembinaannya telah siap dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi di sini, semalam.
Jalan sepanjang 1.8 kilometer itu di bina dengan kos sebanyak RM1.2 juta yang menghubungkan Kampung Lubok Manta Hilir dan Hulu.
“Jalan raya ini amat penting bagi penduduk kampung kerana siapnya jalan ini memudahkan mereka membawa kenderaan masuk selain memendekkan perjalanan untuk urusan ke luar kawasan kampung.
“Jalan raya baharu ini menggantikan jalan lama yang berupa jalan simen biasa dan jenis simen slab dan jalan itu juga menghubungkan dari simpang jalan persisir Sebalangan/Sebuyau,” katanya ketika hadir merasmikan jalan baharu tersebut.
Tambah beliau, Kampung Lubok Manta keseluruhannya mempunai 93 buah rumah yang mana di situ merupakan komuniti masyarakat Iban dengan memiliki rumah persendirian sejak dulu lagi dan majoriti mereka adalah pekebun dan memiliki kebun kelapa masing-masing.-Sumber Ukas.