PUSA, 18 OGOS 2020 (SNN) : Kerja-kerja menaik taraf jalan utama menghubungkan Kampung Batang Maro yang telah bermula sejak 13 Ogos 2020 lalu bakal memberi nafas lega kepada penduduk kawasan sekitar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor berkata, beliau mahu projek naik taraf jalan bernilai RM400,000 yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri itu mahu disiapkan dalam kadar segera bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk terjamin.

Keadaan jalan itu sebelum ini yang kurang menyenangkan bagi penduduk kampung telah menggesa wakil rakyat kawasan itu meminta agar pelaksaan projek tersebut dilaksanakan segera untuk memudahkan urusan mereka ke Pekan Pusa dan Kabong.-Sumber Ukas. Nizal.