KUCHING, 05 OGOS 2020 (SNN) : Sarawak hari ini kekal catat sifar kes positif Covid-19 menjadikan dalam tempoh lima hari tiada sebarang kes baharu dilaporkan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan media harian menyatakan hari ini tiada kes positif baharu menjadikan jumlah kes kekal sebanyak 678 kes dengan kesemua kawasan kluster yang masih aktif kekal dengan jumlah kes yang sama bagi tempoh 5 hari lalu.
Dimaklumkan juga hari ini terdapat 10 kes baru telah pulih dan discaj dari Hospital dengan 9 kes daripada Hospital Umum Sarawak dan 1 kes dari Hospital Bintulu.-Nizal.