LIMBANG, 14 JULAI 2020 (SNN): Potensi industri produk halal Malaysia kini semakin mendapat sambutan dari dalam dan luar negara khususnya dalam kalangan pengguna bukan beragama Islam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Anak Gumbang berkata, usahawan dalam sektor pengeluaran makanan perlu merebut peluang ini sebagai inisiatif bagi memperluaskan pasaran hingga ke luar negara.
“Potensi industri halal semakin meningkat dan menjadi industri penting serta relevan di Sarawak.”
“Usaha proaktif Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dalam menganjurkan kursus Bess MeSTI HALAL merupakan langkah penting sebagai pemangkin kemajuan industri halal di Sarawak,” katanya lagi ketika merasmikan Kursus meSTI HALAL anjuran SEDC di Hotel Purnama Limbang pagi tadi.
Penganjuran kursus halal ini satu flatfom terbaik untuk setiap usahawan mendapatkan banuan serta kemudahan perniagaan yang ditawarkan oleh agensi-agensi yang terlibat seperti SEDC, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tambahnya, industri produk makanan halal khususnya mendapat sambutan oleh pengguna bukan Islam dan ini menjadikan peluang untuk meningkatkan kualiti pemasaran adalah tinggi kerana produk-produk halal mula diiktiraf oleh kebanyakan negara luar.
Sambutan kursus ini amat memuaskan apabila pihak SEDC terpaksa menambah kuota peserta dan berharap penganjuran seperti ini pada masa mendatang turut mendapat sambutan yang baik.-Sumber Ukas.Nizal.