More
    Home Lain-lain Musim perkahwinan pada bulan Disember menyerikan Bandaraya Kuching

    Musim perkahwinan pada bulan Disember menyerikan Bandaraya Kuching

    KUCHING, 8 DISEMBER 2019 (SNN) – Musim perkahwinan pada bulan Disember kembali lagi di Bandaraya Kuching, Sarawak. Hampir setiap hujung minggu, siang dan malam, akan berlangsung majis pernikahan yang diikuti oleh majlis persandingan dalam masyarakat Melayu.

    Pada 7 Disember 2019, En. Awang Damit Ali Hasan, adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, telah menganjurkan majlis persandingan puteri beliau di Riverside Majestic Hotel, Kuching. Majlis persandingan ini adalah antara Siti Nozieha Bt. Awang Damit dengan Abang Azrin bin Datu Abang Affandi.

    Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Datuk Amar Awang Asia bin Awang Nassar dan Isteri Dato Hjh. Fatimah bt. Iskandar.

    Pengantin masuk dewan diiringi oleh payung dan bunga manggar

    Memandangkan tuan punya majlis berasal dari Lawas maka majlis persandingan ini jalankan dengan adat Melayu Brunei. Antara adat yang dipamerkan adalah seperti pengantin lelaki telah iring dengan payung, bunga manggar dan pembawa beg. Selepas itu pusingan naga sebanyak tiga kali menaiki tangga dan turun tangga sebelum duduk di pelamin bersama pengantin perempuan yang telah menunggu.

    Persembahan istimewa oleh, dari kiri, Mohamad Naroden, Awang Tengah, Junaidi, Abdullah dan Maria

    Majlis telah diakhiri dengan persembahan nyanyian oleh YB Datuk Amar Awang Tengah, YB Datuk Muhamad Naroden Majais, Datu Junaidi Reduan, Datu Maria Hasman dan Abdullah.

    Malam tadi 8 Disember 2019, Datuk Seri Mohamad Abu Bakar bin Marzuki dan Datin Seri Baduyah telah mengadakan majlis persandingan puteri mereka. di Pullman Hotel. Dua empalai pengatin adalah Afifah Fathin bt. Mohamad Abu Bakar dengan Muhamad Aiman Syakirin bin Rizal dari Pahang.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...