More
    Home Ugut Bunuh TYT Sarawak, Polis Cari Pemilik Akaun FB 'Raja Rimba'

    Ugut Bunuh TYT Sarawak, Polis Cari Pemilik Akaun FB ‘Raja Rimba’

    KUCHING, 21 Oktober 2019 (SNN): Polis sedang berusaha mengesan pemilik akaun Facebook ‘Raja Rimba’ yang memuatnaik pelbagai catatan provokasi termasuk berunsur ugutan bunuh terhadap Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

    Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya menerima satu laporan mengenainya pagi tadi yang dibuat oleh kakitangan Astana Negeri.

    “Setakat ini kita masih mencari pemilik akaun itu,” katanya ketika dihubungi.

    Raja Rimba antara lain membuat catatan “Kita serang kroni taib…bakar kilang CMS dan Naim,” dalam satu kumpulan Facebook, NCR Sarawak.

    Menurut laporan akhbar tempatan, pemilik akaun itu turut memuat naik catatan ‘I will kill u’ beserta gambar Taib dalam kumpulan Facebook sama, semalam, dan akaun berkenaan masih lagi aktif buat masa ini, namun kedua-dua catatan ini tidak dapat dikesan.

    Dev berkata kes berkenaan disiasat sebagai ugutan jenayah di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

    Sumber : Astro Awani, FB

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...