More
    Home Sarawak Betong Generasi Muda Disaran Teruskan Tradisi Kunjung Mengunjung

    Generasi Muda Disaran Teruskan Tradisi Kunjung Mengunjung

    Kabong, 13 Jun 2019 (SNN)- Generasi muda disaran untuk meneruskan tradisi kunjung mengunjung, terutamanya pada hari perayaan. Amalan kunjung-mengunjungi rumah terbuka sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri  tidak asing lagi dengan budaya dan amalan rakyat Sarawak.

    ADUN N40 Kabong, Yang Berhormat Encik Mohd Chee Kadir berkata meskipun Hari Raya Aidilfitri disambut oleh penganut beragama Islam, namun ia juga turut diraikan bersama kaum lain.

    “Tidak kira apa perayaan sekalipun, rakyat di Daerah Kabong khasnya dan Negeri Sarawak sendiri amnya terus bersatu dan bersama-sama meraikan perayaan dengan harmoni, aman dan gembira,” katanya.

    Bahkan, amalan mengunjungi satu sama lain perlu dikekalkan bagi memperkuatkan lagi persefahaman pelbagai kaum di Sarawak.

    “Amalan saling mengunjungi merupakan budaya yang telah lama kita amalkan untuk merapatkan hubungan silaturahim dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat.

    “Ini juga lambang kekuatan kita di Sarawak kerana dapat hidup bersatu padu di bawah satu bumbung dalam suasana harmoni, saling menghormati dan toleransi,” ujarnya.

    Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang diadakan oleh pemilik Saodah Cafe, Kabong dan kunjungan  Aidilfitri ke kediaman Puan Normah Binti Ahmadi, Pemangku Ketua Wanita PBB Cawangan N.40 Kabong bersama isteri beliau, semalam.

    Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang diadakan oleh pemilik Saodah Cafe, Kabong

    Mohd Chee Kadir turut mengingatkan generasi muda agar terus mengekalkan tradisi kunjung mengunjung berkenaan. Katanya, tradisi itu bukan sesuatu yang lapuk atau ketinggalan zaman tetapi harus dikekal agar semangat meraikan pelbagai perayaan dapat dilakukan bersama.

    “Tradisi ini bukan sahaja diamalkan pada Hari Raya Aidilfitri, malah kita amat bertuah kerana berpeluang meraikan pelbagai perayaan lain seperti Tahun Baharu Cina, Gawai, Hari Krismas dan Deepavali,” katanya.

    Justeru jelasnya, tradisi rumah terbuka turut mampu menjadi tarikan kepada pelancong luar yang mengunjungi Sarawak.

    Mohd Chee Kadir berpeluang beramah mesra dengan penduduk kampung pada majlis seumpama ini yang sering diadakan apabila menjelang musim perayaan

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PBB terbuka menerima golongan muda sebagai pemimpin pelapis

    0
    MIRI 19 JANUARI 2025 (SNN): Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sentiasa komited dan terbuka untuk menerima golongan belia sebagai pemimpin pelapis pada masa hadapan...