KOTA SAMARAHAN, 18 MEI (SNN) – “Cinta tidak mengenal sesiapa untuk memilikinya, dan cinta terlalu murni untuk dikorbankan”, ucap Dahiri ketika ditanya apakah Sayang Simunjan Episod Cinta yang bakal dipersembahkan secara teater muzikal di kediamannya hari ini. Karya bersama sahabat beliau, Abd Lattip Poli ini dijadualkan akan dipentaskan pada 07hb September 2019.
Penulis buku Bubuhela (2015) itu dipetik sebagai berkata, “Sayang Simunjan bertujuan mendedahkan keindahan dan potensi Simunjan kepada masyarakat di Malaysia, khususnya di Sarawak. Teater muzikal penggiat sastera itu dijangka bakal mengembalikan nostalgia berikutan dari tempat itulah, dilahirkan ramai bakat penggiat seni nyanyian, seni persembahan dan sastera peringkat kebangsaan.
Menurut Dahiri, Simunjan adalah sebuah tempat yang berpotensi menjadi hub ekopelancongan Sarawak. Antaranya adalah durian berkualiti dan enak dibekalkan dari Simunjan untuk ke seluruh daerah di Sarawak dan tersimpannya keindahan Gunung Ngeli untuk dinikmati.
“Keindahan Gunung Ngeli”
Selain itu, beliau menyifatkan Ramadan bukan cabaran untuk menjayakan teater muzikal ini. Kecintaan terhadap karya sastera dan seni persembahan mendorong beliau untuk berdedikasi dalam aktiviti-aktiviti mencungkil bakat-bakat dalam industri seni lakonan dan tarian. Kejayaan dalam perkara itu diukur oleh anak jati Kota Samarahan ini melalui pencarian bakat yang diadakan pada 26hb Mei 2019.
“mencari bakat dari Simunjan”
Menurut Dahiri, ia mencari bakat dari Simunjan yang mempunyai kemampuan yang sesuai untuk memainkan watak Ramli, Melor dan Salmah. Maka, pencarian bakat tersebut sebagai platform pencarian yang menyediakan peluang yang sama rata kepada bakat, sama ada baharu atau bakat mahir dan profesional. Turut dinyatakan oleh beliau bahawa teater muzikal yang sedang dalam proses persediaan ini mendapat sokongan dan bantuan sepenuhnya daripada masyarakat Simunjan pelbagai golongan waima tanpa menerima bayaran standard. Malah, penulis dan penggiat seni persembahan prolifik itu berkongsi mengenai ramalannya tentang Simunjan berupaya melahirkan ikon seni negara dengan persembahan yang diterima oleh khalayak global. Sumbangan Fatin Baikip