More
    Home Sarawak Laksanakan Program Restorasi Landskap Hutan Libatkan Seluas 528,238 Hektar, 634 Pokok...

    Sarawak Laksanakan Program Restorasi Landskap Hutan Libatkan Seluas 528,238 Hektar, 634 Pokok Pelbagai Spesies

    KUCHING, 08 Mei 2019 (SNN)- Sarawak telah melaksanakan Program Restorasi Landskap Hutan yang melibatkan seluas 528,238 hektar kawasan dengan 634 pokok pelbagai spesies ditanam. Malahan Program Restorasi Landskap Hutan ini akan menjadi agenda utama yang akan dilaksanakan secara besar-besaran Kerajaan Sarawak pada tahun ini untuk pengayaan semula hutan (enrichment planting). Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Amar Hj Awang Tengah Ali Hasan berkata ini termasuklah penanaman spesies-spesies pokok tempatan di kawasan hutan yang merosot (degraded forest).

    “Untuk itu, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah membangunkan tiga buah tapak semaian iaitu di Sabal (Serian), Jalan Oya (Sibu) dan Niah (Miri). Selain itu, JHS juga akan meningkatkan pelaksanaan program ‘outreach’ yang melibatkan masyarakat setempat untuk mencapai objektif restorasi landskap di seluruh Sarawak,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke 18 di sini, hari ini. Sementara itu, Awang Tengah menegaskan Kerajaan Sarawak akan terus menghasilkan High Quality Planting Materials yang sesuai dengan ekosistem hutan di Sarawak menerusi kerja-kerja penyelidikan di tapak-tapak semaian dan lapangan.

    “Kerjasama penyelidikan mengenai perkara ini sedang giat dilaksanakan dengan Vietnamese Academy of Forest Science (VAFS) Vietnam, Commonwealth Scientific Industrial Research Organisation (CSIRO) Australia, China Eucalyptus Research Centre Zhanjiang, China dan beberapa institusi penyelidikan yang lain di dalam dan luar negara serta swasta.

    ‘Manakala, kajian penyakit mitigasi penyebaran penyakit juga giat dilaksanakan dengan kerjasama pihak Forest Research Institute of Malaysia (FRIM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pihak swasta,” tambahnya.

    Menurut Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua lagi, usaha restorasi hutan seperti menanam pokok bukanlah suatu inisiatif yang baru dan ianya telah dilaksanakan sejak dahulu lagi.

    “Berdasarkan rekod, sejak tahun 1996 sehingga 2018, seluas 528,238 hektar telah ditanam dengan lebih kurang 634 juta pokok pelbagai spesies. Saya menyeru agar semua pihak termasuk badan-badan korporat dan pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) melibatkan diri secara aktif bagi menjayakan program ini,” ujarnya. 

    Awang Tengah semasa menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke 18 di sini, hari ini.
     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...