More
    Home Sarawak Samarahan Kucing Liar Positif Rabies di Kampung Tambirat, Samarahan

    Kucing Liar Positif Rabies di Kampung Tambirat, Samarahan

    KUCHING, 04 April 2019(SNN) – Kucing liar positif rabies di Kampung Tambirat, Samarahan, di sini hari ini. Ini dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak apabila kes itu dikesan selepas kucing berkenaan dilanggar kereta dan menggigit pemandu yang ingin menyelamatkannya.

    Menurut pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak,  Dr Adrian Susin Ambud, kucing tersebut telah dihantar ke Makmal Diagnostik Veterinar Sarawak di mana ujian ke atas tisu otak kucing tersebut disahkan positif rabies melalui ujian Direct Fluorescent Antibody Test (FAT). Manakala pemandu tersebut telah mendapat rawatan dan suntikan penuh anti-rabies di hospital berdekatan, katanya dalam satu kenyataan.

    Dr Adrian berkata, jabatan akan terus mempergiatkan aktiviti pemvaksinan haiwan. Setakat ini, sebanyak 110,000 ekor anjing dan 8,545 ekor kucing telah divaksin, katanya lagi sambil menambah, 10,000 haiwan menerima suntikan vaksin di klinik veterinar swasta.

    Mengulas berhubung pengambilan sampel untuk diuji pula, beliau menyatakan bahawa setakat awal bulan ini, sebanyak 96 sampel otak anjing diuji, di mana 32 sampel didapati positif rabies. Manakala bagi sampel otak kucing pula katanya, sembilan didapati positif rabies daripada 13 sampel diuji.

    Setakat ini belum ada kes positif melibatkan haiwan liar dikesan dan berdasarkan lapan sampel otak diambil sejak 2017, mendapati kesemuanya negatif rabies.

    Beliau turut menasihati pemilik pemilik haiwan agar memvaksin haiwan peliharaan mereka selain menyarankan pemandulan dan pengurungan haiwan peliharaan bagi mengekang penularan wabak rabies. Penyakit rabies boleh merebak melalui gigitan dan cakaran haiwan yang dijangkiti virus tersebut.

    Oleh yang demikian, orang awam hendaklah lebih berwaspada dan sekiranya terkena gigitan, luka perlu dicuci dengan air sabun selama 15 minit dan segera pergi ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak teruskan usaha memperkasa bekalan elektrik di kawasan luar bandar

    0
    DARO, 22 FEBRUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited menyediakan kemudahan bekalan...