More
    Home Malaysia Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di IJN

    Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di IJN

    KUCHING, 10 MEI 2024: Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal disahkan telah meninggal dunia hari ini selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

    Perkara tersebut telah disahkan oleh Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara dalam satu kenyataan media yang memberitahu mendiang 70 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.46 pagi tadi.

    Mendiang yang sebelum ini sedang mendapatkan rawatan di IJN, Kuala Lumpur sebaik tiba di Malaysia selepas lawatan kerja rasmi di Azerbaijan pada 6 Mei mengehmbuskan nafas terakhir dan meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

    “Maklumat lanjut berhubung majlis pengebumian dan pemberian penghormatan terakhir ke atas mendiang akan dimaklumkan kemudian.

    “Keluarga mendiang Senator Datuk Mutang Tagal turut mengucapkan ribuan terima kasih di atas kiriman takziah serta doa yang diberikan dan menghargai masa yang diberikan kepada mereka di dalam menghadapi masa yang sukar ini,” kata kenyataan itu.

    Untuk rekod, Senator Datuk Mutang yang lahir pada 5 Oktober 1954 telah dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20 dan telah mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Februari 2024.

    Pelantikan itu sekaligus menjadikan Senator Datuk Mutang yang berasal dari Lawas mencipta sejarah tersendiri, menjadi pemimpin pertama daripada etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

    Senator Datuk Mutang yang memiliki latar belakang sebagai seorang pengamal undang-undang menggantikan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilantik Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 26 Januari lalu.

    Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990 dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera (PBB) dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) memiliki Master of Business Administration (MBA) dari Curtin University dan kini menjawat beberapa jawatan termasuk antaranya Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI).

    Beliau juga Penasihat Undang-undang Persatuan Lun Bawang Sarawak dan Naib Presiden, Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF).-UKAS

     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...