More
    Home Sarawak Kuching Penurunan kuasa berkaitan pendidikan kepada Kerajaan Sarawak beri manfaat besar terhadap pembangunan...

    Penurunan kuasa berkaitan pendidikan kepada Kerajaan Sarawak beri manfaat besar terhadap pembangunan sektor pendidikan negeri

    KUCHING, 09 MEI 2024: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju menurunkan kuasa berkaitan pendidikan kepada Kerajaan Sarawak.

    Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee berkata, Kerajaan Sarawak telah membentangkan 15 Perkara yang komprehensif kepada Kerajaan Persekutuan sebagai sebahagian daripada rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Menurutnya, ia bertujuan untuk penurunan kuasa dalam pendidikan terutamanya dalam ruang lingkup Perenggan 17 daripada Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962.

    “Saya ingin berkongsi kemajuan ketara yang telah dicapai di dalam perbincangan ini. Yang pertama kini, Pengarah Pendidikan Sarawak telah diberi kuasa untuk meluluskan projek pembangunan sekolah yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak atau pihak lain di Sarawak.

    “Maksudnya, kelulusan tidak perlu melalui Putrajaya lagi. Ini sememangnya akan menambah baik proses dan juga memudahkan pelaksanaan projek yang dibiayai oleh Kerajaan negeri,” katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 pada Khamis.

    Datuk Dr. Annuar menambah, Kerajaan Sarawak juga dibenarkan untuk memanjangkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah terutama sekali dalam mata pelajaran matematik tambahan, biologi, fizik dan kimia.

    Selain itu, Kerajaan Sarawak juga dibenarkan untuk menyediakan pembiayaan yang mencukupi untuk program pembangunan guru serta mengakses dan berkongsi data di dalam KPM, katanya.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Trio Syahmura dari Sabah dinobat sebagai juara Pertandingan Nasyid Malam Kesenian...

    0
    LAWAS, 20 MEI 2024: Kumpulan Trio Syahmura dari Jabatan Agama Islam Sabah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Nasyid Malam Kesenian Islam 2024 yang berlangsung di...