More
    Home Sarawak Kuching Rugi hampir RM20 juta, MUT Sarawak lancar Kempen Banteras Vandalisme Kemudahan Utiliti...

    Rugi hampir RM20 juta, MUT Sarawak lancar Kempen Banteras Vandalisme Kemudahan Utiliti besar-besaran

    KUCHING, 26 APRIL 2024 (SNN): Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) bakal melancarkan Kempen Banteras Vandalisme secara besar-besaran dalam usaha memerangi perbuatan tidak bertanggungjawab ke atas fasiliti telekomunikasi dan utiliti di negeri ini.

    Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, pelancaran kempen berkenaan sebagai satu usaha MUT dalam membendung serta memberi kesedaran kegiatan vandalisma ke atas aset-aset telekomunikasi dan utiliti di Sarawak.

    Katanya, sejak 2022 hingga 2023 terdapat peningkatan perbuatan vandalisma ke atas aset terbabit yang menyebabkan kerajaan mengalami kerugian hampir RM20 juta.

    “Mengikut rekod yang dilaporkan, pada tahun 2022 sahaja sebanyak 521 kes vandalisme dilaporkan melibatkan aset telekomunikasi, bekalan elektrik, air dan edaran gas dengan jumlah kerugian RM3,763,606.00.

    “Manakala pada tahun 2023 pula, terdapat peningkatan iaitu sebanyak 1,406 kes vandalisme dilaporkan melibatkan aset-aset yang sama dengan kadar jumlah kerugian ditanggung sebanyak RM19,673,977.00,” jelasnya dalam satu sidang media di menara LCDA, pada Khamis.

    Dato Sri Julaihi Narawi semasa sidang media di menara LCDA, kuching.

    Dato Sri Julaihi menambah, bagi tahun ini dalam tempoh tiga bulan dari Januari hingga Mac sahaja sudah 45 kes yang sama dilaporkan berbanding 27 kes bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya.

    “Kawasan atau Bahagian yang paling kerap berlakunya kes berkenaan adalah Bahagian Kuching diikuti Bintulu dan Miri.

    “Jadi, saya berharap dengan pelancaran kempen ini secara besar-besaran yang akan dilaksanakan di seluruh negeri Sarawak dapat mengurangkan jumlah kes sejurus ianya dilancarkan oleh YAB Premier Sarawak kelak,” tegasnya.

    Turut hadir sama pada sidang media tersebut adalah, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi); Datuk Liwan Lagang, Setiausaha Tetap Kementerian MUT; Jafri Lias, Pengarah atau Wakil semua Agensi berkaitan.

     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...