More
    Home Malaysia ADUN Sebuyau terus santuni golongan asnaf di Sebangan

    ADUN Sebuyau terus santuni golongan asnaf di Sebangan

    SEBUYAU, 05 MAC 2024 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi terus menyantuni golongan asnaf di kawasan Sebuyau walaupun sudah memasuki minggu terakhir bulan ramadan.

    Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu telah mengagihkan sebanyak 250 pek bubur pedas dan kurma hasil sumbangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak di Masjid Darul Aman, Sebangan pada Rabu.

    Dato Sri Julaihi menyampaikan pek bubur pedas dan kurma kepada penduudk kampung di kawasan Sebangan.

    Dato Sri Julaihi turut menyantuni 65 golongan asnaf dengan menyampaikan sumbangan berbentuk bakul makanan serta wang tunai sebagai persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan seterusnya berbuka berjemaah bersama para penduduk kampung yang hadir di masjid berkenaan.

    Dalam masa sama, ketika ditanya mengenai syarikat PETROS sebagai aggregator di Sarawak, Dato Sri Julaihi menjelaskan Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melantik syarikat berkenaan sebagai aggregator utama di negeri ini berdasarkan kelulusan pindaan Ordinan Agihan Gas 2016 pada persidangan DUN pada November 2023 sebelum dikuatkuasakan pada 1 Februari 2024 lalu.

    “Dengan pelantikan itu, PETROS diberi mandat serta tanggungjawab utama mengumpul gas asli, menyimpan, mengedar dan menentukan harga pasaran gas asli di seluruh Sarawak.

    “Syarikat tertabit juga bertanggungjawab dalam memastikan pembangunan, operasi dan penyelenggaraan jaringan dan sistem gas di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan selepas menyempurnakan Majlis Agihan Bubur Pedas di pekarangan Masjid Darul Aman, Sebangan, Sebuyau.

    Jelas beliau lagi, usaha ini nanti dijangka mampu meningkatkan penggunaan gas asli berdasarkan Sarawak Fast Roadmap (SGR) di samping menggalakkan pelaburan tempatan dan antarabangsa dalam sektor gas di Sarawak.

    Untuk rekod, sebanyak 1.8 juta tong gas bersubsidi bewarna merah dan hijau yang terdapat di pasaran dengan Petrosniaga kini mempunyai 65 peniaga dan 280 sub-peniaga di seluruh Sarawak.

    Turut hadir sama Naib Presiden Pengupayaan Sumber Manusia dan Perhubungan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS); Ismail Said, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Naib Presiden Kanan Strategi Korporat PETROS; Abang Arabi Abang Narudin, Pengurus Sarawak FM mewakili Pengarah Penyiaran Sarawak; Noraini Ibrahim, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Syed Mohamad Fauzi Shahab, Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Bujang serta barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan Sebuyau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...