More
    Home Malaysia Dato Sri Julaihi terus santuni masyarakat di Kampung Seruyuk dan Sg Ladong...

    Dato Sri Julaihi terus santuni masyarakat di Kampung Seruyuk dan Sg Ladong sempena Ziarah Ramadan DUN Sebuyau

    SEBUYAU, 06 MAC 2024 (SNN): Program Ziarah Ramadan DUN Sebuyau diteruskan lagi untuk mendekati golongan asnaf sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Seruyuk, Sebuyau.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi telah menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada seramai 13 asnaf di kampung terbabit beserta mengagihkan sebanyak 200 pek bubur pedas dan kurma kepada penduduk setempat pada Jumaat.

    Dato Sri Julaihi merakam gambar bersama penerima sumbangan bantuan raya di Kampung Seruyuk.

    Seleasi sesi majlis, Dato Sri Julaihi serta rombongan kemudian bergerak ke Kampung Sungai Ladong bagi menyantuni masyarakat di sana serta menyerahkan sumbangan kepada golongan asnaf terpilih.

    “Kami menyampaikan sumbangan raya, bubur pedas dan kurma serta bakul makanan kepada golongan asnaf dan warga emas.

    “Penduduk kampung juga mendapat sumbangan bubur pedas dan buah kurma yang diterima oleh setiausaha cawangan PBB dan ketua ranting untuk diagihkan kepada setiap rumah. Terima kasih kepada pihak SDEC yang menyumbang bakul makanan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

    Setlah selesai majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung, beliau dan rombongan kemudian menunaikan solat fardhu dan tarawih bersama penduduk kampung di Masjid Kampung Sg Ladong.

    Dato Sri Julaihi turut berharap agar sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban penerima dalam melakukan persiapan menyambut Aidilfitri.

    Turut hadir sama mengiringi adalah Pegawai Tadbir Daerah Sebuyau; Tahir Putih, Faizereen Yusuf, Melor Buyong dan Ajis Ahmad, Ketua-Ketua Bahagian SDEC; Zakaria Polit, Soffian Suliman, Razali Talib dan Ambrose Wong Ling Kai, Penghulu Abd Hamid Zaini, Hj Jemat Chee, Setiausaha Cawangan PBB Sebuyau dan Ketua Ranting PBB Sg Ladong.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sebanyak 4,447 menara dan struktur telekomunikasi siap dibina bukti Sarawak komited...

    0
    KUCHING, 01 MEI 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak telah mencapai kemajuan yang memberansangkan dalam misinya meningkatkan kesalinghubungan telekomunikasi merentasi kawasan bandar dan luar bandar. Menteri Utiliti...