More
    Home Sibu Sambut Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Sarawak Ke-82

    Sibu Sambut Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Sarawak Ke-82

    SIBU, SARAWAK (SNN) – Hujan yang turun pada awal pagi tidak menjejaskan kemeriahan dan kegemilangan Sambutan Hari Lahir Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertuan Negeri Sarawak Ke-82 di Sibu pada 13 Oktober 2018.  Ribuan orang ramai telah menyaksikan 25 kontijen yang mengambil bahagian dalam acara perbarisan yang penuh warna-warni itu.

    Pemandangan Hari Lahir TYT Yang di-Pertuan Sarawak di Sibu, 2018

    Tetamu kehormat, TYT Yang di-Pertuan Negeri Sarawak, Tun Pehin Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib telah turut menyaksikan pelbagai persembahan dan pertunjukan.  Ketibaan mereka berdua telah disambut oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari bin Tun Datuk Abang Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani.  Datuk Wong Song Koh adalah menteri yang bertanggungjawab menguruskan sambutan di Sibu ini.

    Turut hadir juga adalah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Ugah serta isteri dan juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri. Selain itu adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Awang Asfia Awang Nassar serta isteri.

    Di dalam ucapannya, Abang Johari terus menjelaskan kepada rakyat Sarawak bahawa beliau akan terus menuntut hak minyak dan gas dari Kerajaan Persekutuan.

    Selepas perbarisan acara penyampaian pingat pula menyusul.  Penerima utama adalah Datin Patinggi Hajah Juma’ani Tun Datuk Tuanku Bujang, isteri kepada YAB Ketua Menteri yang dianugerahi Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA).

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...