Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sedang giat membantu Kerajaan Negeri Sarawak meluaskan dan memajukan pembelajaran Science, Technology, Engineering and Mathematics(STEM) di sekolah bandar dan luar bandar. Kemajuan sesesuah negara pada masa ini turut bergantung kepada kemahiran dan kepakaran dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. UNIMAS telah menubuhkan Jalinan Komunit STEM untuk melaksanakan program pendidikan ini.
Pada 7 Oktober 2017 program STEM ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Kelali, Sadong Jaya dalam Bahagian Samarahan. Profesor Datuk Dr. Mohamad Kadin Suaidi, Naib Canselor UNIMAS telah menyampaikan peralatan STEM bernilai RM10,000 ringgit kepada Guru Besar yang diwakili oleh PK1, Encik Hamali Lazim. Sumbangan tersebut mengandungi peralatan pembelajaran dan lima buah komputer. Turut hadir di acara tersebut adalah Timbalan Saintis Utama Kerajaan Negeri Sarawak, Prof. Dr. Al-Khalid Othman, Pengarah, Institut Pengajian Borneo, Prof. Madya Dr. Shahren Tun Zaidi dan Dekan Pelajar, Prof. Dr. Othman Bojo.
Dalam perancangan UNIMAS akan menganjurkan beberapa aktiviti berkaitan STEM seperti: aktiviti STEM di Sekolah Kebangsaan Abang Leman, Kabong@STEM lab UNIMAS 8/10/18; STEM and TRIZ Pasca PT3 @STEM Lab and Dewan STAR 9/10/18; Karnival STEM – lead by FPSK @SK Tanjong Bako 27/10/18;f Ignite your Future with STEM Education – Expo and Seminar 7/11/18, Lodge School.