More
    Home Sarawak Kuching Pelancaran Sistem Kabel Internet Batam-Sarawak petanda permulaan era baharu untuk rangkaian internet...

    Pelancaran Sistem Kabel Internet Batam-Sarawak petanda permulaan era baharu untuk rangkaian internet di Sarawak-Julaihi

    KUCHING, 06 SEPTEMBER 2022 (SNN): Syarikat Telekomunikasi Irix yang berpangkalan di Sarawak @ Santubong 1 (Irix DC) hari ini melancarkan Sistem Kabel Internet Sarawak-Batam (BaSICS) & Tier 4 Data Centre menandakan permulaan era baharu dalam meningkatkan kesalinghubungan internet khususnya untuk rakyat Sarawak dan Borneo amnya.

    Majlis pelancaran irix DC itu telah disempurnakan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi yang disaksikan sendiri Pengerusi irix, Abang Abdillah Izzarim Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, hari ini.

    Dengan pelancaran BaSICS dan irix DC itu, rakyat di negeri ini kini lebih mudah untuk mengakseskan internet seperti e-dagang, tugasan hybrid dan menikmati hiburan atas talian tidak seperti dahulu terpaksa menunggu lama. Kemudahan itu juga boleh diakseskan oleh penduduk di Borneo dan Kalimantan.

    PP Telecommunication menandatangani perjanjian langganan dengan Sarawak Information Systems Sdn Bdh (SAINS). irix diwakili oleh Dr Jonathan Smith dan SAINS diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Busiai Seman yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SAINS.

    Julaihi semasa melancarkan kemudahan teknologi terbaharu itu berkata, pelancaran BaSICS dan irix DC merupakan satu daripada pelan Strategi Pembangunan Pasca Covid (PCDS 2030) negeri Sarawak yang menggariskan tujuh pelan utama untuk mempercepatkan proses pembangunan ekonomi negeri termasuk ekonomi digital dan penggunaan data.

    “BaSICS dan Tier lV Data Centre adalah sebahagian daripada proses mempercepatkan pendigitalan dan kesalinghubungan Sarawak dengan dunia. Ini adalah platform yang sangat diperlukan untuk membolehkan kesalinghubungan Sarawak ke perngkat seterusnya,” tegas beliau.

    BaSICS adalah sistem kabel di dasar laut sepanjang 700km yang dibangunkan oleh Irix – menghubungkan Batam di Indonesia dengan Sarawak. Irix DC adalah yang pertama dan satu-satunya Tier lV yang direka dan diiktiraf sebagai pusat data di Malaysia.

    Kemudahan itu merupakan fasa awal menjadikannya sebagai pintu masuk internet antarabangsa Sarawak sejajar dengan aspirasi program transformasi digital Kerajaan Negeri Sarawak.

     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...