More
    Home 500 Dijangka Sertai Seminar Minyak dan Gas 2019

    500 Dijangka Sertai Seminar Minyak dan Gas 2019

    KUCHING, 05 April 2019 (SNN)- Seramai 500 pemain industri minyak dan gas tempatan serta antarabangsa akan berkumpul dalam Seminar Minyak dan Gas di Miri selama dua hari bermula pada 13 dan 14 April ini.

    Seminar ini dianjurkan oleh Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dengan kerjasama Suarah Petroleum Group (SPG) dan  Malaysian Oil and Gas Services Council (MOGSC), berkonsepkan “Inaugural Sarawak’s Oil & Gas Seminar and Exhibition 2019”.

    Bertemakan “Now or Never!”  dengan tagline “Sarawak- Able, Capable, Willing”, acara ini disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan ditaja oleh Serba Dinamik sebagai penaja berlian, Dayang Enterprise dan Ocean Might (Penaja Platinum), serta  Sarawak Energy, Petra Energy, Brooke Dockyard dan Bank Islam (penaja emas).

    Seminar dan pameran dua hari ini akan mempamerkan pengalaman dan keupayaan syarikat minyak dan gas Sarawak serta peluang perniagaan. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik Holdings Berhad, Datuk Dr. Ir. Mohd Abdul Karim Abdullah, seminar tersebut akan membincangkan situasi dan perkembangan terkini industri minyak dan gas Sarawak

    DUBS, SPG dan MOGSC dalam kenyataan media bersama yang dikeluarkan semalam, berkata akan diadakan juga perbincangan khusus dengan Petros dan Petronas.”Ia dijangkakan akan ada perbincangan yang rancak dan relevan kerana Sarawak telah mengumumkan pelaksanaan Ordinan Perlombongan Minyak 1958 dan harapan rakyat Sarawak untuk penyertaan yang lebih besar dan mendapat manfaat daripada industri minyak dan gas Negeri  Sarawak berbanding 43 tahun yang lalu,” menurut kenyataan tersebut.

    Menyentuh berkenaan seminar itu, kenyataan itu berkata ia akan merangkumi sesi perbincangan berkenaan perdagangan dan teknikal mengenai pelbagai topik, isu, cabaran dan peluang dalam bidang minyak dan gas di Sarawak. Penganjur turut  berharap ia akan menghasilkan resolusi dan pelan tindakan untuk dikemukakan kepada Kerajaan Sarawak pada akhir sesi perbincangan dan seminar.

    Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dijadual merasmikan majlis penutupan seminar ini nanti.

    Kerajaan Negeri Sarawak, Petros, Petronas, Curtin University Sarawak, syarikat dan individu yang terlibat dalam industri minyak dan gas  telah mengesahkan penyertaan masing-masing. Orang ramai turut dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam pameran dan seminar tersebut.

    Mereka yang berminat untuk menyertai dan ingin mengetahui butiran lanjut tentang seminar boleh menghubungi Mastika atau Nensy, sekretariat SOGSE melalui 082233133 atau email ke sogse2019@gmail.com.

    Salah sebuah pelantar minyak di Sarawak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan dinaikkan kepada 1,500 MW secara...

    0
    BINTULU, 17 APRIL 2024: Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan ditingkatkan kepada sebanyak 1,500 megawatt secara berperingkat menjelang 2028. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri...