SRI AMAN, 17 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Kira-kira 180 penghuni Rumah Panjang Naga Tagee, Rasau Engkilili, Sri Aman hialng tempat berteduh selepas terlibat dalam satu kebakaran di sini semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu kira-kira jam 5.13 petang sebelum mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke lokasi.
“Sepasukan anggota bomba dari BBP Betong dan Pasukan Bomba Sukarela Engkilili turut dikerah bagi membantu memadam api kebakaran.
“Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati bangunan rumah panjang itu telahpun musnah 100 peratus yang melibatkan bahagian ruai dan ruang tamu berkenaan, manakala bahagian dapur dapat diselamatkan apabila terdapat ruang pemisah diantara dapur dengan ruang tamu yang terbakar,” katanya dalam satu kenyataan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan punca kebakaran masih dijalankan.