More
    Home Sarawak Samarahan 108 asnaf Zon Sebangan diraikan sempena Aidilfitri yang bakal tiba

    108 asnaf Zon Sebangan diraikan sempena Aidilfitri yang bakal tiba

    SEBUYAU: Seramai 108 penerima melibatkan golongan asnaf daripada sembilan buah kampung di kawasan Zon Sebangan menerima sumbangan duit raya.

    Majlis penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi di Masjid Darul Aman Sebangan di sini pada Rabu.

    Datuk Julaihi merakam gambar bersama penerima sumbangan di Masjid Sebangan.

    Berucap ringkas, Datuk Julaihi berharap agar sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban para penerima untuk persediaan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

    Dalam program sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 16 orang peserta yang telah khatam Al-Quran sepanjang bulan ramadan tahun ini.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...