Yerevan Lumpuh, Revolusi Armenian ?

0
157
Penyokong pembangkang Armenia mengadakan demontrasi besar-besaran di sekitar bandar ibu negara Yerevan.

Yerevan, 3 Mei 2018 (SNN) – Ibu negara Armenia, Yerevan lumpuh akibat protes besar-besaran yang sedang berlaku. Proters berkenaan dikaitkan dengan ketidakpuasan penyokong-penyokong pembangkang terhadap ke tindakan parti Republikan menidakkan Nikol Pashinyan menjawat jawatan Perdana Menteri pada Selasa lepas.

Pashniyan kalah setelah undian memperlihatkan keputusan yang tidak memihak kepadanya iaitu 45 berbanding 55. Protes jalanan yang bermula pada 13 April lepas, meletakkan bekas negara Kesatuan Soviet itu dalam kancah ketidaktentuan. Keadaan kacau bilau ini memaksa Perdana Menteri dipilih Serzh Sargsyan meletak jawatan hanya selepas beberapa hari beliau dilantik semula.

Serzh Sargsyan, ketua parti politik Republikan, merupakan Perdana Menteri Armenia yang telah memegang tampuk pemerintahan selama 10 tahun. Referendum yang dibuat pada 2015 menyaksikan perubahan pola kuasa daripada dikuasai oleh Presiden kepada Parlimen Armenia.

Protes ini menimbulkan tanda tanya berkenaan hubungan kerajaan baharu dengan sekutu kuat kerajaan Sargsyan iaitu Rusia. Namun Pashinyan memberi jaminan jalinan kerjasama dengan Rusia yang sekian lama menjadi sekutu kuat Armenia akan terus menjadi rakan strategi Yerevan. Pemimpin pembangkang dalam pada itu berkata “Rusia tidak sama sekali akan mencampuri urusan dalaman Armenia”.

Suasana di jalanan Yerevan memperlihatkan penyokong-penyokong pembangkang berkumpul membawa bendera Armenia, meniupkan vuvuzela, mengadakan sekatan di banggunan-banggunan kerajaan dan lebuhraya yang menghubungkan pusat bandaraya itu dengan lapangan terbang utama negara itu, Zvartnots International Airport. Selain itu, sistem perhubungan metro Yerevan turut terjejas ekoran daripada protes yang diadakan. Perjalanan daripada Yerevan ke Gyumri, bandaraya kedua terbesar di Armenia turut tergendala.

Protes ini diadakan sejurus selepas Pashinyan menyeru penyokong-penyokongnya mengadakan demontrasi bagi membantu keputusan undian yang tidak memihak kepadanya.

Protes yang semakin hangat pada Rabu lepas bertukar menjadi demontrasi raksasa menjadikan negara selatan Kaukasus dengan jumlah penduduk 3 juta orang lumpuh selama beberapa minggu. Demontrasi berkenaan telah memaksa ahli politik paling berkuasa Serzh Sargysyan meletakkan jawatan setelah 10 tahun memerintah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here