Kerana isu seks Kardinal Philippe Barbarin bakal dihukum penjara 6 bulan

0
357
Kardinal Philippe Barbarin bakal dihukum penjara enam bulan

LYON, 7 MAC 2019 (BBC) – Kardinal Philippe Barbarin bakal berdepan hukuman penjara 6 bulan. Barbarin hari ini disabitkan kesalahan kerana didapati menyembunyikan penderaan seks dan gagal melaporkan salah laku paderi yang mendera budak pengakap pada 1980an dan 1990an.

Mahkamah Lyon memutuskan bahawa Phillippe Barbarin, 68, paderi kanan gereja Katolik, akan berdepan hukuman penjara enam bulan yang digantung kerana gagal melaporkan fakta dalam tempoh antara Julai 2014 dan Jun 2015. Barbarin, seorang konservatif dan penganut Katolik yang terkenal di Perancis  sebelum ini mengaku tidak bersalah dibicarakan bersama lima yang lain kerana dituduh bersubahat melindungi penderaan yang berlaku di salah sebuah gereja di kawasan itu. Barbarin walau bagaimanapun tetap menafikan tuduhan tersebut, dan peguamnya mengumumkan  bahawa beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Skandal di Lyon kali pertama menjadi perhatian umum pada tahun 2015, apabila ketika itu seorang bekas pengakap mendedahkan kepada umum dengan mendakwa seorang paderi, Bernard Preynat, pernah mendera dirinya 25 tahun yang lalu.Pengakap itu, Francois Devaux, sejak daripada  itu mula menubuhkan kumpulan mangsa penderaan, turut memfailkan aduan terhadap Barbarin, ketua paderi, dengan mengatakan bahawa Barbarin mengetahui berhubung salah laku tersebut, namun malangnya beliau menutup perbuatan itu.

Imej gereja Katolik Perancis tercemar sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila salah laku paderi didedahkan ketika kebangkitan mangsa di seluruh dunia yang tampil bersama dengan bukti. Kebanyakan paderi di beberapa negara seperti Australia, Brazil, Chile, Ireland dan Amerika Syarikat dikecam, dan ini telah memaksa Paus Francis berjanji untuk memastikan gereja bebas daripada amalan yang merosakkan imej dan kedudukannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here