More
    Home Sarawak Betong Usahawan Wanita Kabong Terokai Industri Pemprosesan Makanan Hasilan Mee

    Usahawan Wanita Kabong Terokai Industri Pemprosesan Makanan Hasilan Mee

    Kabong, 20 Jun 2019 (SNN)- Usahawan wanita Kabong terokai industri pemprosesan makanan hasilan mee. Kementerian Pembangunan Perindustrian & Usahawan (MIED) Sarawak dengan kerjasama MARDI Sarawak & Pejabat Daerah Kabong telah berjaya menganjurkan Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan Hasilan Mee untuk usahawan dan golongan wanita sekitar Daerah Kabong. Kursus yang diadakan selama 2 hari yang diadakan di Dewan Balai Polis, Kabong itu telah berjaya menghimpunkan seramai 51 orang peserta wanita sekitar Daerah Kabong.

    Kursus ini bertujuan menyediakan latihan kemahiran kepada golongan wanita sekitar Daerah Kabong. Melalui kursus ini, golongan wanita diharap dapat meningkatkan kemahiran dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka di masa hadapan. Kursus ini memfokuskan kepada penghasilan pelbagai jenis mee seperti mee kuning, mee kolok & kueh tiaw.

    Industri pembuatan mee yang sedang pesat membangun telah mendorong pertumbuhan dan penglibatan usahawan kecil dalam bidang berkenaan, terutama di kalangan wanita. Potensi perniagaan pelbagai jenis mee di pasaran tempatan juga mendorong usahawan kecil mengusahakan kegiatan ini secara komersial. Memandangkan penglibatan usahawan tempatan terutama di kalangan wanita dalam industri ini masih kecil bilangannya, maka usaha untuk memberikan kemahiran secara hand-on sangat dialu-alukan . Oleh yang demikian, kerjasama antara Kementerian Pembangunan Perindustrian & Usahawan (MIED) Sarawak dengan kerjasama MARDI Sarawak & Pejabat Daerah Kabong dalam pembangunan ekonomi dan keusahawanan khususnya dalam industri pembuatan makanan perlu diperluaskan, terutamanya yang melibatkan golongan wanita.

    Mohd Chee Kadir semasa memberikan ucapan pada Majlis Perasmian Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan Hasilan Mee

    Dalam ucapan perasmiannya, ADUN N40 Kabong, Yang Berhormat Mohd Chee Kadir menyatakan  hasratnya untuk melihat usahawan di Daerah Kabong khususnya golongan wanita berjaya, seterusnya mempunyai kilang membuat mee sendiri pada masa akan datang. Potensi dan peluang perniagaan mee seperti mee kuning, mee kolok dan kueh tiaw masih terbuka luas untuk menyumbang kepada peningkatan pendapatan.

    “Dalam persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan sekarang, usahawan wanita di Daerah Kabong perlu berani menceburi bidang baru yang berpotensi untuk dimajukan. Pejabat Daerah Kabong akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak dalam pembangunan usahawan tempatan dari kalangan bumiputera khususnya wanita dalam menawarkan khidmat teknikal dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Usahawan wanita juga perlu berani merebut peluang yang ditawarkan demi meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi “, kata Mohd Chee Kadir mengakhiri ucapannya.

    Mohd Chee Kadir dan isteri turut meyaksikan demo membuat mee daripada salah seorang peserta kursus.
    Para peserta kursus gembira menunjukkan sijil masing-masing dan bergambar kenangan bersama isteri Mohd Chee Kadir, Meryani Haji Yasin

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak teruskan usaha memperkasa bekalan elektrik di kawasan luar bandar

    0
    DARO, 22 FEBRUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited menyediakan kemudahan bekalan...