More
    Home Usahawan kecil Lundu dibantu majukan produk mereka

    Usahawan kecil Lundu dibantu majukan produk mereka

    Lundu, Kuching, 25 Feb 2019 (SNN) – Usahawan kecil di Sarawak dibantu untuk memajukan perusahaan mereka.  Antara kaedah tersebut adalah dengan penganjuran kursus pembungkusan hasil keluaran mereka.  Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Ministry of Industrial and Entrepreneur Development (MIED) telah mengadakan IR4.0 Awareness Programme untuk komuniti setempat. Antara program yang dijalankan adalah Bengkel Pembungkusan dan Pelabelan Produk.

    Bengkel selama dua hari ini diadakan di Pusat Internet Lundu dihadiri seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha madu kelulut, jus jambu batu, makanan sejuk beku, biskut, telur masin, barangan kreatif, tekstil dan sebagainya. Kebanyakan pengusaha-pengusaha tempatan ini belum mempunyai pembungkusan dan pelabelan yang sesuai untuk dipasarkan ke peringkat global.

    Sebahagian dari usahawan semasa sesi tutorial

    Tujuan utama penganjuran bengkel anjuran Pusat Kelestarian Komuniti ini adalah untuk membantu pengusaha tempatan menambahbaik produk dari segi pembungkusan dan pelabelan. Seramai tiga orang pereka (designer) daripada luar dijemput untuk memberikan tunjuk ajar kepada pengusaha supaya membina dan membangunkan label produk masing-masing. Kepentingan pembungkusan dan pelabelan produk ini adalah untuk memperkenalkan identiti korporat atau produk selain melindungi produk supaya selamat dan tidak rosak. Melalui label, maklumat produk seperti bahan-bahan, berat bersih, bilangan kandungan, cara menggunakan, logo halal dan sebagainya memberikan keyakinan dan kelebihan produk kepada pelanggan.

    Antara sebahagian usahawan kursus bersama penceramah

    Dengan adanya bengkel seperti ini, pengusaha tempatan dapat meningkatkan kualiti produk mereka supaya bukan sahaja dapat dipasarkan di dalam negara malah ke peringkat global, sekaligus mampu meraih pendapatan yang lebih lumayan melalui pembungkusan dan pelabelan yang meyakinkan, menarik dan ekslusif. Bengkel anjuran Pusat Kelestarian Komuniti ini telah dikendalikan hasil kerjasama daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) iaitu Dr Nadianatra Musa dan Dr Dayang Hanani Abang Ibrahim, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Prof Madya Dr Saiful Bahari bin Haji Mohd Yusoff dan pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Chua Hun Pin, Pegawai Penyelidik Prinsipal Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan (MARDI).

    Seorang usahawan yang berjaya mencipta pembungkusan produknya

    Rata-rata pengusaha tempatan yang menghadiri bengkel ini sangat berpuas hati kerana mereka telah mampu menghasilkan label produk mereka sendiri hasil bantuan fasilitator dan pereka (Designer). Sebelum ini, produk-produk mereka tidak mempunyai pembungkusan dan label yang sesuai untuk membolehkan produk mereka dipasarkan di kedai-kedai runcit dan supermarket. Setelah mengikuti bengkel ini, mereka dapat memperolehi ilmu daripada tenaga pengajar cara yang betul untuk memasarkan produk ke pringkat global. Malah, pengusaha-pengusaha tempatan sudah mula yakin untuk memasarkan produk mereka ke peringkat yang lebih baik. Pengusaha-pengusaha tempatan di Lundu berharap semoga bengkel seperti ini dapat dianjurkan lagi di kawasan mereka supaya dapat membantu mereka menambah baik produk-produk yang sedia ada agar setanding dengan produk antarabangsa. Sumbangan Adibasuf.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Masyarakat Islam diseru pertahan prinsip agama yang menjadi tonggak keharmonian

    0
    KOTA SAMARAHAN, 25 FEBRUARI 2025: Masyarakat Islam di Sarawak perlu mempertahankan prinsip agama yang menjadi tiang utama kemakmuran manusia bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian...