More
    Home Pemimpin Islam memerintah masyarakat majmuk Sarawak dengan adil

    Pemimpin Islam memerintah masyarakat majmuk Sarawak dengan adil

    KUCHING, 25 Februari (SNN) – Pemimpin Islam sentiasa memerintah dengan adil bagi masyarakat majmuk di Sarawak.  Sistem pemerintahan Islam sedemikian akan menjadikan negeri ini aman dan maju.  Semua kaum di Sarawak ini akan terus dibantu supaya semua akan dapat menikmati kemakmuran yang menjadi idaman semua pihak.  Nabi Muhamad SAW telah menggubal Perlembagaan Madinah untuk memastikan pemerintahan yang adil untuk masyarakat berbilang kaum dan agama di Madinah.

    Ketibaan Abang Johari disambut dengan mesra

    Demikianlah intipati ucapan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr.) Abang Johari Tun Abang Openg ketika di Majlis Perasmian Tilawah dan Menghafaz Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1440H/2019 Al-Quran.  Turut berucap adalah Datu Misnu Taha, Presiden Majlis Islam Sarawak.  Majlis tersebut telah adakan di Dewan Baitulmal, Kuching malam tadi.  Turut hadir di majlis ini terdiri dari menteri-menteri muda, ketua jabatan dan ketua kaum.

    Hampir 1,000 orang ramai telah memenuhi dewan tersebut. Malam tadi hanya seorang qari dan qariah yang memperdengarkan bacaan mereka.  Majlis ini akan dilangsungkan sehingga 28 Februari ini.  Pada siang hari akan diadakan untuk tahfiz dan sebelah malam tilawah.

    Sebahagian dari jemputan kenamaan

    Sebagai selingan beberapa kumpulan nasyid telah menghiburkan para hadirin-hadirat.  Terdapat sebuah lagu nasyid yang mengutamakan Bahasa Mandarin yang menarik minat yang hadir.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...