More
    Home Sarawak Samarahan UNIMAS Hulur Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran di Kampung Niup

    UNIMAS Hulur Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran di Kampung Niup

    Kota Samarahan, 29 Mei 2019 (SNN)– Nasib empat sekeluarga di Kampung Niup, Kota Samarahan, yang kehilangan rumah dalam satu kebakaran minggu lepas mendapat perhatian Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang menyampaikan bantuan dan sumbangan hari ini.

    Sumbangan yang berupa barangan makanan dan wang ringgit telah disampaikan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi bersama-sama Pengarah UNIMAS Global, Encik Azlan Ramli dan kakitangan UNIMAS lain.

    Pada 19 Mei lepas, rumah milik Awang Ismali Awang Masri,44, musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang dan menyebabkan anggaran kerugian sebanyak RM120,000.00.

    Semasa kejadian, Awang Ismali masih berada di pejabat manakala isterinya, Suria binti Salleh,38, berada di sebuah bazar ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, terkejut mendapat panggilan dari jiran menyatakan mengenai kebakaran yang sedang berlaku di rumah mereka.

    “Saya begitu terkejut dan bimbang kerana sebelum itu, saya dimaklumkan oleh isteri bahawa beliau hendak ke bazar ramadan manakala dua anak saya sedang tidur di rumah,” katanya.

    Meskipun telah kehilangan tempat untuk berteduh, namun beliau dan isteri bersyukur kerana dua anak mereka, Dayang Nabilah, 17, dan Dayang Nazihah, 14, sempat keluar dari rumah semasa kejadian berkenaan.

    Manakala Naib Canselor UNIMAS, Mohamad Kadim memberitahu penyampaian sumbangan tersebut sebagai bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh Awang Ismali dan keluarga selepas musibah berkenaan.

    Katanya, meskipun bantuan adalah tidak seberapa, namun UNIMAS berharap agar lebih ramai lagi pihak dapat membantu keluarga berkenaan di masa hadapan.

    Mohamad Kadim menghulurkan sumbangan kepada Awang Ismail semasa melawat rumah beliau pagi tadi

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak diminta eksport tenaga elektrik ke Filipina melalui Sabah

    0
    KUCHING, 18 FEBRUARI 2025: Kerajaan Sarawak diminta untuk mengeksport tenaga elektrik ke Filipina dari Miri melalui Sabah menerusi satu pelaksanaan projek yang dijangka bermula...