More
    Home UMNO Akan Sokong Pindaan Perlembagaan Pulihkan Kedudukan Sarawak dan Sabah

    UMNO Akan Sokong Pindaan Perlembagaan Pulihkan Kedudukan Sarawak dan Sabah

    KUALA LUMPUR – Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengatakan Kerajaan Persekutuan memerlukan sokongan undi majoriti dua per tiga di dalam Parlimen bagi meminda Perlembagaan Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Oleh hal yang demikian, Tan Sri Annuar Musa (Setiausaha UMNO) berkata sokoongan majoriti dua per tiga parlimen tidak harus menjadi isu dan halangan untuk kebersamaan melaksanakan pindaan ini walaupun berbeza fahaman parti politik. Kerajaan Persekutuan juga tidak dapat bertindak apa-apa selagi sokongan dua per tiga masih diperlukan untuk melaksanakan pindaan ini.

    Tan Sri Annuar juga berpendapat perkara ini tidak wajar dijadikan isu kerana kita harus memikirkan kepentingan nasional yang berupaya memberi kebaikan kepada rakyat dan negara malahan pihak pembangkan juga harus memainkan peranan yang penting untuk membantu kerajaan memerintah mendapatkan sokongan dua pertiga.

    Tegasnya lagi, “Dulu, pembangkang membangkang semua perkara. Bangkang ‘for the sake of membangkang’, hatta perkara yang baik pun ditolak. Amalan seperti ini harus ditolak,” katanya dalam satu kenyataan dalam entri Facebooknya hari ini.

    Tambahnya lagi, Perdana Menteri kita harus membuat satu perbincangan secara kebersamaan dalam kalangan Ahli Parlimen agar isu MA63 yang telah lama dibahaskan dapat diselesaikan dengan baik. Annuar berkeyakinan bahawa Tun Mahathir merupakan seorang pemimpin yang tidak diragukan kerana pengalamannya serta arif dalam hal perlembagaan dan kenegaraan.

    “ Dalam isu Perjanjian Malaysia 1963 misalnya, ia adalah perkara sangat asas dan penting bukan saja kepada Sabah dan Sarawak tetapi Malaysia itu sendiri”.

    Annuar juga berkata bahawa Jawatankuasa Pemilih juga boleh dibentuk yang membabitkan kerajaan dan pembangkang untuk membincangkan perkara ini.

    Oleh: Akmal Azla

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...