More
    Home Tiga remaja selamat selepas bot dinaiki karam di Sungai Sarawak

    Tiga remaja selamat selepas bot dinaiki karam di Sungai Sarawak

    KUCHING, 01 OKTOBER 2020 (SNN) : Keseronokan tiga remaja memancing bertukar tragedi selepas bot yang dinaiki mereka berhampiran Sungai Prima Bintawa karam dipukul ombak di sini, hari ini.

    Menurut Jurucakap Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian sekitar jam 1.09 petang sebelum mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

    Mangsa Mohd Azreen Izwani Arrifin, 18 tahun, Mohd Shafazlie Mohd Norman, 15, dan Aminul Rashid Arman 16, bagaimanapun ditemui selamat selepas diselamatkan oleh bot nelayan yang kebetulan lalu dikawasan tersebut.

    Bot yang dinaiki oleh mangsa ketika kejadian

    “Pelapor kejadian mengatakan bot mangsa dikatakan terbalik selepas terkena pukulan ombak dari bot besar yang lalu dikawasan itu.

    “Bagaimanapun pasukan bomba yang datang ke lokasi turut memastikan kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat sebelum berangkat pulang ke balai,” katanya dalam satu kenyataan media.

    Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.43 petang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penerbitan Buku ‘Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak’ perkukuh pemahaman dan budaya...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2025 (SNN): Penerbitan buku berjudul 'Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak' bertujuan untuk mendokumentasikan adat resam masyarakat Melayu Sarawak dengan penekanan kepada...