More
    Home Tiga kes positif covid-19 dikesan di Daerah Asajaya dan Kuching hari ini

    Tiga kes positif covid-19 dikesan di Daerah Asajaya dan Kuching hari ini

    KUCHING, 27 DISEMBER 2020 (SNN) : Terdapat tiga kes covid-19 dikesan di Daerah Asajaya dan Kuching hari ini menjadikan keseluruhan kes di Sarawak meningkat kepada 1,108 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, dua kes melibatkan pekerja asing warganegara Indonesia yang bertugas di tempat baharu di Asajaya. Majikan kepada kes telah membawa kedua-dua kes berkenaan ke kuarters pekerja dan telah menjalani ujian saringan di fasiliti kesihatan swasta di Serian pada 23 Disember 2020 serta disahkan positif pada hari yang sama.

    Manakala satu kes di Daerah Kuching merupakan kes import yang melibatkan warganegara Indonesia yang ingin memulakan kerja di tempat baharu di Kuching. Kes disahkan positif pada hari yang sama menjalani ujian saringan pada 25 Disember 2020.

    Kesemua kes telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan dan pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...